Tuesday, September 1, 2009

Mencegah lebih Baik Dari Merawat - H1N1 (Perlu Baca)

Rakan Muslim sekalian,

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya.

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang
melanda dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000
dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti
dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan
yang timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan
Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan
di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)
Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya
sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu
alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?...yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini.
Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada
kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya....kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya,hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya.

Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Sekian terima kasih

Thursday, August 20, 2009

Soal jawab H1N1

Apa itu H1N1 (selesema babi)?

IA merupakan virus influenza baru yang boleh menyebabkan manusia jatuh sakit. Virus baru ini pertama kali dikesan pada manusia di Amerika Syarikat pada April 2009. Virus ini merebak daripada individu kepada individu lain di seluruh dunia seakan sama cara penyebaran virus influenza bermusim yang lain.

Pada 11 Jun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa wabak atau pandemik H1N1 sedang merebak.

Kenapa H1N1 kandang kala dipanggil selesema babi?

Virus ini asalnya dirujuk sebagai selesema babi kerana ujian makmal menunjukkan bahawa kebanyakan gen dalam virus baru ini amat sama dengan virus influenza yang biasanya terdapat pada babi di Amerika Utara.

Bagaimanapun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa virus baru ini amat berbeza daripada yang biasanya tersebar pada babi di wilayah tersebut.

Ia mempunyai dua gen daripada virus selesema yang biasanya tersebar dalam babi di Eropah dan Asia dan gen burung dan gen manusia. Ahli sains memanggil ini sebagai virus quadruple reassortant.

Adakah virus H1N1 berjangkit?

Pusat kawalan penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengenalpasti bahawa virus H1N1 berjangkit dan merebak dari manusia kepada manusia.

Bagaimana virus H1N1 merebak?

Virus H1N1 dipercayai merebak sama seperti cara selesema bermusim merebak. Virus selesema lazimnya mereka daripada seorang ke seorang melalui batuk atau bersin.

Kadangkala orang ramai mungkin dijangkiti melalui sentuhan - seperti sentuhan pada permukaan atau objek tertentu - yang terdapat virus tersebut dan kemudian menyentuh hidung atau mulut.

Apakah tanda-tanda dan simptom orang yang dijangkiti virus?

Simptom bagi virus selesema H1N1 pada manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit badan, pening, seram sejuk dan letih.

Sejumlah besar orang yang dijangkiti penyakit ini juga dilaporkan mengalami diarea (cirit birit). Kes kematian disebabkan virus ini juga semakin membimbangkan.

Berapa lama orang yang telah dijangkiti virus ini merebakkan kepada orang lain?

Individu yang dijangkiti dengan virus selesema bermusim dan H1N1 mungkin boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum dia jatuh sakit hingga 5 ke 7 hari selepas itu. Tempoh ini boleh menjadi lebih lama bagi sesetengah orang terutama kanak-kanak dan individu yang sistem imunisasinya lemah.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi dari daripada jatuh sakit?

Setakat ini tidak ada vaksin untuk melindungi diri daripada virus H1N1. Bagaimanapun vaksin tersebut sedang dalam proses pengeluaran dan mungkin sudah boleh diperoleh oleh orang awam tidak lama lagi. Namun seperti kebiasaan, vaksin hanya mampu melindungi daripada influenza bermusim.

Terdapat langkah rutin yang boleh membantu mengelak merebaknya virus yang menyebabkan masalah pernafasan seperti influenza.

Antaranya, tutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin. Buang tisu tersebut dalam tong sampah selepas digunakan.

Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Pembersih seperti gel atau tisu lembap berasaskan alkohol juga efektif.

Elak daripada menyentuh mata, mulut atau hidung. Kuman mudah merebak cara itu.

Cuba elak daripada bersentuhan dengan orang yang sakit. Jika anda jatuh sakit dan mempunyai simptom seperti dijangkiti selesema, disarankan terus berada di rumah sehinggalah sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam sembuh.

Seboleh mungkin jauhi diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit.

Langkah-langkah penting lain yang boleh anda ambil:

Ikut nasihat pihak berkuasa kesihatan termasuk berkenaan penutupan sekolah, elak berada di tempat ramai orang dan jauhi diri daripada kegiatan sosial lain.

Bersiap sedia jika secara tiba-tiba anda sakit dan perlu berkurung dalam rumah sekurang-kurangnya selama seminggu dengan menyiapkan bekalan ubat-ubatan, tisu, pembersih tangan berasaskan alkohol dan barang-barang lain yang berkaitan dan berguna. Ini bagi mengelak anda terpaksa keluar rumah ketika sakit.

Jika saya mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti virus H1N1, perlukah saya pergi berkerja?

Pekerja yang sihat tetapi mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti H1N1 boleh datang kerja seperti biasa. Tetapi kesihatan pekerja ini perlu dipantau setiap hari dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas mereka batuk dan bersin.

Jika mereka jatuh sakit mereka harus memberitahu majikan dan tinggal di rumah.

Pekerja yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan atau sedang hamil harus mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing kerana mereka mungkin perlu mengambil ubat antiviral bagi mengelak jatuh sakit.

Apa teknik terbaik untuk mencuci tangan bagi mengelak selesema?

Kerap mencuci tangan akan membantu mengelak daripada kuman. Cuci dengan sabun dan air atau pembersih tangan berasaskan alkohol.

Disarankan mencuci tangan - dengan sabun dan air suam - selama 15 hingga 20 saat. Jika tidak ada air atau sabun tisu basah pakai buang berasaskan alkohol atau gel sanitizers juga boleh digunakan..

Apa yang perlu dilakukan jika saya jatuh sakit?

Jika anda tinggal di kawasan di mana terdapat individu yang telah dikenal-pasti dijangkiti selesema H1N1 dan jatuh sakit dengan simptom-simptom seperti demam, sengal badan, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, loya atau muntah, diarea dan sebagainya anda harus berada dalam rumah dan elak daripada bersentuhan dengan orang lain.

Disarankan agar terus berada di rumah sekurang-kurangnya 24 selepas demam sembuh.

Jauhkan diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit. Berada dalam rumah bermakna anda tidak harus keluar rumah kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ini juga termasuk mengelak aktiviti biasa seperti bekerja, ke sekolah, melancong, membeli-belah, menghadiri majlis sosial dan berhimpun di tempat awam.

Jika sakit semakin teruk atau anda berhadapan risiko tinggi menghidup komplikasi selesema dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Tanda-tanda amaran untuk anda mendapatkan rawatan kecemasan:

Bagi kanak-kanak

- Nafas laju atau sukar bernafas.
- Warna kulit kebiruan atau pucat.
- Tidak mahu minum atau tidak cukup minum.
- Muntah berterusan.
- Anak tidur berterusan atau tidak berinteraksi (penurunan kesedaran).
- Anak menjadi sangat cerewet dan tidak mahu didukung.
- Gejala selesema seperti semakin pulih tetapi kemudian kembali lagi dengan demam dan batuk lebih terus.

Bagi orang dewasa

- Sukar bernafas atau nafas pendek-pendek.
- Berasa sakit atau tekanan pada dada atau perut.
- Pening secara tiba-tiba.
- Seperti orang bingung.
- Muntah yang teruk dan berterusan.
- Gejala selesema seakan pulih tetapi kembali semula dengan demam dan batuk yang teruk.

Berapa lama virus influenza boleh terus hidup pada sesuatu objek (seperti buku atau tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh hidup pada sesuatu permukaan terdedah dan masih boleh menjangkiti orang lain dua hingga lapan jam selepas berada di situ.

Apa yang boleh membunuh virus influenza ?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan suhu panas (75-100°Celcius). Selain itu, beberapa jenis kimia pembunuh kuman termasuk chlorine, hydrogen peroxide, detergents (sabun ), iodophors (antiseptik berasaskan iodin) dan alkohol juga berkesan jika digunakan dengan betul.

Sebagai contoh, tisu atau gel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Gel tersebut harus digosok padan tangan hingga ia kering.

Wednesday, August 19, 2009

H1N1 cecah 1,800 kematian

GENEVA 20 Ogos - Angka kematian akibat jangkitan selesema babi meningkat kepada 1,799 orang sejak virus baru itu ditemui pada April lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Bangsa-bangsa Bersatu (WHO) semalam.

Jumlah keseluruhan kematian diumumkan oleh WHO dalam laman web mereka.

Ghana, Tuvalu dan Zambia adalah negara-negara yang melaporkan kematian buat pertama kali, kata WHO selain menyebut bahawa pandemik influenza A itu telah merebak sehingga ke 170 buah negara.

Kematian terbesar dilaporkan di utara dan selatan Amerika dengan 1,579 kematian diikuti dengan rantau Asia Tenggara dengan 106 kematian manakala di Eropah mencatatkan 53 kematian. - AFP

Petikan dari utusan malaysia 20.08.09

Tuesday, August 18, 2009

H1N1 ancaman kepada ibu hamil

KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.

Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.

Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.

Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.

"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.

Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.

"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.

Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.

"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.

Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih..

"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.

Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Influenza A(H1N1)

Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A.Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
Berehat secukupnya.
Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B.Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Tingkatkan penjagaan kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
- Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
- Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
- Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
- Jangan kongsi peralatan peribadi Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
- Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
- Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
- Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
- Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
- Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
- Batuk berdarah atau kahak berdarah
- Sakit dada berterusan
- Cirit-birit atau muntah yang kerap
- Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
Rasa pening apabila berdiri
- Kurang kencing

dari
AZMAN BIN JAIDI
JANNA FACILITIES MANAGEMENT SDN. BHD

Monday, August 17, 2009

Coconut Water can prevent H1N1...pls take coconut water daily

Young Green Coconut Water can prevent H1N1...pls take young green coconut water daily.

Former associate professor of ecology at Universiti Malaya has authored several books on complementary therapy called, 'Ecological Healing System'.

Dr Palaniappan said his 33 years of research had shown that high acidity in the body resulted in loss of immunity, thus making people more susceptible to viral diseases like Influenza A (H1N1).

Hence, to prevent acidity, it was essential to consume alkaline food and drinks that could neutralise excess acid in the body.

Dr Palaniappan recommends coconut water, which is alkaline, and therefore could be used as a herbal medicine for the prevention of H1N1.

For example, he said, those who felt feverish and developed a burning sensation while attending to a call of nature because of extreme acidity, could neutralise it by //drinking coconut water, twice a day, for three days//.

He also recommended orange, lemon and pomelo which, despite containing citric acid, were very rich in potassium and therefore, would not disturb the body's immunity.

According to Dr Palaniappan, excessive physical activity like running a marathon should be avoided as it produced acid due to excessive metabolic activity.

Similarly, he said, keeping late nights without adequate sleep and working without proper rest could also increase the body's acidity which in turn, lowered immunity and made the body vulnerable to viral attacks.

Dr Palaniappan' s blog: discusses the therapy in more detail.

Wajib baca ! Elakkkan bencana ! H1N1

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 ..orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

simptom2

day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….

day 5 and above lung collapse @ koma

langkah2 kawalan
1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’

4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

(Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.)